6 Februari 2014 - 20:30
Pengganas Wahhabi bunuh guru Syiah di Karachi

Kumpulan pengganas Wahhabi yang menggelarkan diri mereka Sipah-e-Sahaba menembak mati seorang guru bermazhab Syiah di Karachi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kumpulan pengganas Sipah-e-Sahaba menembak mati seorang guru ketika sedang mengajar di Karachi.Pengganas beraliran Wahhabi tersebut menyerbu pusat tuisyen Danish, New Karachi sector 5-D berhampiran Jafaria Imam Bargah, pada hari Khamis malam lalu dan melepaskan tembakan ke arah beliau.Sir Mahtab Alam mengalami kecederaan yang serius dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.Sekumpulan ahli keluarga dan pelajar beliau kelihatan menangis di luar hospital.Pengikut mazhab Syiah sering menjadi sasaran bunuh militan Wahhabi berikutan sikap kerajaan Pakistan yang terus membiarkan kumpulan pengganas menjalankan operasi mereka.